Photo by Antenna on Unsplash
 

Macam mana kita nak menilai karya orang? Ada panduan asas?
Untuk orang luar bidang seni, ada ke link atau tajuk buku untuk dirujuk?
Art ni memang subjektif; ada orang suka, ada orang rasa biasa, ada orang tersentuh– tidak semua orang rasa benda yang sama.
Secara profesional, kalau nak menilai karya, memang ada rubric tersendiri. Contohnya, dari segi Visual– Attractivenss, Principles & Elements of Art (Composition, Contrast, Typography), Use of Materials, Technique, Color dan lain-lain. Dari segi Pengisian– Clarity of message, Aesthetic (Adakah berkesan? Creatively delivered menggunakan analogi atau konsep). Jadi ini adalah antara ciri-ciri asas untuk menilai.
Tapi, kalau tengok semula rubric tadi, secara tidak langsung perasaan atau kecenderungan orang sedikit sebanyak akan berkait rapat dengan ciri-ciri asas dalam rubric tadi. Maksudnya, contoh A yang bukan dari bidang Seni pun boleh comment “Warna ni terang, tulisan dia jelas, dia bagi saya rasa something, mesej tu sampai”. Kalau tengok semula apa yang A sebut ni semua ada dalam rubric tadi. Tapi, mungkin orang awam hanya boleh menilai secara cepat dan hanya di permukaan.
Untuk menilai dengan lebih baik, kita tidak boleh lari dari untuk lebih banyak membaca dan belajar melihat. Saya tidak tahu buku yang menilai secara khusus, mungkin ada di luar sana yang boleh dirujuk. Bidang seperti Sains, Matematik mungkin kalau kita baca tiga buah buku, kita akan dapat tiga fakta dan point yang sama. Tapi, dalam bidang Seni ni, kita perlu baca banyak buku untuk kumpul ilmu supaya kita jadi lebih pandai menilai. Sebab setiap buku mengandungi pengetahuan tentang karya, sentuhan dan cara pereka yang berbeza.
Pada pendapat saya, profesional dalam menilai ialah gabungan dari dua pemberat yang berbeza, objective (fakta/asas) dan subjective (penerimaan, mesej, kesimpulan dari pembacaan, pengalaman berdepan pelanggan dan banyak lagi). Ianya tangible dan intangible.
Sebagai orang awam, sekurang-kurangnya kita perlu tahu asas sebelum kita menilai, jadi kita tahu apa rasional di sebalik simbol, warna dan konsep. Anda boleh guna rubric tadi sebagai panduan. Jika mahu lebih baik, anda perlu tahu dan faham proses.
Ini adalah jawapan saya sebagai Graphic Designer, mungkin Fine Art, Photography atau cabang Seni lain ada penambahan atau perbezaan sedikit dalam mereka menilai karya.
Back to Top